Khamis, Ogos 18, 2011

siapakah kita

siapakah kita,
untuk memadamkan segala kenangan,
siapakah kita,
untuk memutuskan tali perhubungan,
siapakah kita,
untuk menduga apa yang ada di masa hadapan,
siapakah kita,
untuk mengatakankan akan terus kekal zaman kegemilangan,
siapakah kita,
untuk menyisihkan mereka yang menggangap kita watak hero pujaan,
siapakah kita,
untuk mendabik dada dengan rupa paras menawan,
siapakah kita,
untuk memandang enteng rakan di kiri dan kanan,
siapakah kita,
untuk memberikan seribu satu harapan yang tiada pasti jawapan,
siapakah kita,
untuk mempermainkan erti persahabatan,
siapakah kita dan siapakah kita.........


hurm...hidup ini hanya sekali...Erul sejujurnya memperakui banyak kesilapan Erul dengan rakan-rakan semua secara langsung atau tidak.kadang2 apa yang tidak molek, jalan itulah yang kita ambil...maafkan Erul ya wahai anda semua....namun pesanan buat Erul sendiri dan anda semua, janganlah terlalu menghukum kerana manusia itu tiada yang sempurna...hulurkanlah kemaafan, berjabatlah seperti kemesraan sesama saudara islam tika saling bertemu, dan bantulah mereka supaya tidak  mengulangi kesilapan-kesilapan mereka itu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan