Jumaat, Disember 25, 2009

cuti berakhir...kembali pulang ke UTHM


DPP@sepang,kajang

hari nie hari terakhir kat umah sebelum berangkat pulang ke Johor esok....
sedar tak sedar dah habis cuti sem dan nak masuk sem baru....
harap2 sem baru ni kita semua akan dapat harungi dengan lancar hendaknya...ermmm...

kepada rakan2 yang akan pulang...selamat kembali ke UTHM dan semoga perjalanan pulang anda semua lancar dan semoga selamat sampai ke destinasi.....

tak sabar nak mulakan sem baru..ermmm...azam tahun 2010 ni adalah nak buat yang terbaik untuk semua lapangan kerja yang dilakukan,  mengubah sikap negatif dan mazmumahdan berharap dapat melalui tahun baru ini dengan senyuman, ketenangan dan kejayaan..insyaAllah....

selamat pulang, salam maal hijrah dan selamat tahun baru.......

ikhlas dari khaer jamal

Jumaat, Disember 04, 2009

mutiara renungan bersama

  • umat islam msti berilmu bukan hanya menungkat dagu.
  • umat islam mesti banyak membaca bukan hanya melihat orang membaca.
  • umat islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah.
  • umat islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah.
  • umat islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu.
  • umat islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta.
  • umat islam mesti bekerja keras bukan pemalas.
  • umat islam mesti merenung bukan termenung.
  • umat islam mesti mengkaji dan bukannya berangan tidak bererti.
  • umat islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli.
  • umat islam mesti disegani bukan ditakuti.
  • umat islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki.
  • umat islam mesti berpolitik dan bukan main main politik.
  • umat islam mesti menang dan bukan kalah dalam perjuangan.
  • umat islam mesti mensyukuri nikmat dan bukannya kufur nikmat.
  • umat islam hanya berpandukan AlQuran, hadis,qias,ijtima' dan ijtihad kelak kita selama dunia dan akhirat.

Ahad, November 15, 2009

MingGu TeraKhiR sEbeLuM seMesTer Break....

hari ini hari ahad, jadi tentulah esok hari isnin...hehehe...dan maksudnya bermulalah minggu terakhir ku di KKTDI@UTHM@PARIT RAJA@BATU PAHAT untuk semster ni...masih ada lagi berbaki satu paper iaitu killer paperku, dinamik pada 20 niv ni sebelum berangkat pulang..
cuti sem ni dalam 5 minggu..jadi sepanjang cuti ni bermacam2 plan yang berlegar di kepala ku, tapik seperti sem lepas, kebiasaannya separuh dari plan tu tak menjadi atau pon tertangguh..haha..


so taknak touching lebih2..aku ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua rakan2ku terutama rakan kelas 2BDD sek 4, rakan bilikku yang amat baik2 hati di G4A007 dan semua pensyarah yang telah mengajar k..halalkan segala yang telah diberi samada yang sedar aau tidak...salah dan silap harap dimaafkan...


dan kepada rakan2ku yang akan pulang nanti..selamat bercuti dan berhati2 di jalan raya dan semoga selamat tiba di destinasi di tuju....


untuk paper2ku sem ni..takde ape yang nak aku katekan...just man jadda wa jadda...










salam ikhlas dari eyon khaer

aKu lak yaNg TekezuT....

aku lak yang tekejut time ni...wawawa..balik umah ari tu..mak bagi aku something....
terima kasih emak yang tecayang...
tapik maaf anakmu takleh pakai sekarang...nanti bile masa yang sesuai anakmu akan pakai k...


terima kasih emak...

SeLaMat HarI LahiR bUaT PerMaiSurI Kami

TARIKH : 05 NOVEMBER 2009
MASA    : LEAPS ISYA'
LOKASI : AREA RUMAH


Lepas sahaja habis paper statistik yang aku rasakan memang teruk cara aku menjawabnya...aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk meraikan hari lahir emak..seperti yang dirancang malam sebelumnya dengan kakakku, eyan....


Setibanya di R&R serdang.. eyan datang mengambilku dn kami terus ke serdang untuk membeli kek...sampai je kat bakery cottage dah dekat kol 6...tak tahu nak beli kek apa pasal emak tak berapa menggemari kek coklat...jadi selepas berbincang dengan eyan dan yatie( melalui telefon)..akhirnya kami beli cheese cake...mmmmh...leh tahan dekorasi kek kat bakery cottage ni....kemudian teman eyan pergi kedai runcit untuk cari bahan masak mee malam ni....


di tempat lain iaitu di ayer itam, yatie dah order satay sebagai salah satu main menu kami...


Mak tak tau aku balik..tapik masa call mak pagi tadi, aku ade bagi klu kat mak..ceceh...saja je..nak wat kejutan... mak tekejut aku balik, nasib baik dia tak marah aku..huhu...lop u mom...


Malam tu dalam lebih kurang kol 800pm, uwan , acik dan akak n family pon datang...mak still tak tau, tapik rasenye dia da dapat agak...eyan still masak kat dapur n aku tolong adjust meja makan..hehe..seperti biase tugas memasing...


tak berapa lama kemudian yatie n abang adi datang bawak satay yang di order...yup2 lame dah aku tak makan sate...


Aktiviti pon dimulakan dlam kol 900pm..hehe...semua orang happy meraikan hari lahir mak yang ke- rahsia..hehe...gembira sangat pasal semua adik beradik dapat berkumpul malam tu...


Diharapkan emak akan sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberkati dan sentiasa happy2 selalu..Amin..


akak yatie, eyan dan eyon amat2 menyayangi mu...
kerana dikaulah prmaisuri kami....




p/s: 11 nov hari lahir arwah ayah yang ke 58..hari lahir mak ngan ayah tak jauh..mmmh..ayah adalah pendorong kejayaan ku sehingga kini...semoga Allah mencucuri rohmu..Al Fatihah..




Khamis, September 17, 2009

pulangnya seorang perantau.....

hari ini..satu satu rakan-rakanku datang ke bilik untuk bersalaman dan mengucapkan selamat hari raya sambil bermaaf-maafan.....masing-masing dengan wajah yang gembira untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut syawal yang akan tiba...ada yang pulang ke negeri sembilan, kedah, perak, penang, pahang dan selangor....aku pun dah tak sabar nak balik....esok aku akan pulang ke kampung halaman aku...mane lagi kalau bukan kg limau manis..hehe...dengar citer abang kamal akan bakar lemang...mmm..mesti best...dh lama aku tak bakar - membakar lemang ni....hehe....

tadi sempat ikut Epi gi bazar Parit Raja beli kelengkapan raye sesikit...sempat gakla beli songkok...dan kerepek wat buah tangan balik ni...yela Parit Raja kan terkenal ngan kerepek..hehe....

So kepada rakan-rakanku tak kiralah dimana anda berada dan dimana jua destinasi anda...pandulah dengan cermat, berehat jika mengantuk, biar kita relax k tak yah lah tegopoh sangat memandu balik raye ni..yang penting kita selamat sampai ke destinasi....ingatlah keluarga kita tersayang yang menanti pulangnya seorang perantau......

ikhlas dari,
eyone khaer

Isnin, September 14, 2009

salam lebaran.....



hanya tinggal lima hari lagi Ramadhan Al mubarak akan melabuhkan tirainya...dan Syawal yang mulia akan menjelma....sedih ada juga terbit dihatiku bila membayangkan akan berakhirnya Ramadhan ini...terfikir jugak di fikiran adakah aku akan masih dapat melalui bulan yang penuh barakah ini pada tahun hadapan.....mmmmmh....mudah- mudahan kita akan bertemu lagi wahai Ramadhan.....
maka menjelangnya Aidilfitri ini....saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada yang saya terkasar bahasa, terkurang di sana sini, menyinggung perasaan..maafkanlah saya ok..huhu....semoga Syawal ini kita sambut dengan saling bermaaf-maafan....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H
MAAF ZAHIR DAN BATIN
ikhlas dari saya
eyone khaer

Ahad, September 13, 2009

kata-kata yang menusuk kalbu.....

sekarang jam menunnjukkan pukul 1.44am....
aku masih dihadapan laptopku sambil menekan-nekan butang keyboard ini....
hmmmmm...terasa tenang dan damai tapik dalam mase yang same kata-kata dari seseorang masih lagi berlegar-legar di fikiran aku....

mari kita imbas balik apa yang dikatakan oleh seseorang itu.....
memula aku bertanya kepadanya.....'saya sering menyakitkan hati orang, kadang-kadang tanpa sengaja dan sedar saya telah menyinggung hati ramai orang di sekeliling saya...dan bila saya sedar yang saya telah menyinggung perasaan mereka...baru perasaan bersalah timbul dalam diri saya....malah kadang kala saya ini terlalu naif dan bodoh dalam berkomunikasi dengan mereka......'
lalu seseorang itu menjawab kepadaku......'Rul....tiada siapa yang sempurna didunia ini...kita semua adalah sama...kita ini tidak lari dari melakukan kesilapan dan kekhilafan di muka bumi ini....hanya Dia yang Sempurna..jadi mengapa perlu kita hanya duduk termenung dan bersedih tanpa memuhasabah diri kita ....bukankah lebih baik kalau kita cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi ini...cuba difikirkan mengapa kita merasa yang kita selalu menyakitkan hati orang disekeliling kita...mengapa kita merasa seolah kita telah menyinggung perasaan mereka..mungkin ada sesuatu yang kita terlupa atau yang dilupakan....cuba cari punca bagi masalah itu....mungkin kita lupa padaNya...mungkin kita alpa dan lalai pada perintahNya....kita menjauhkan diri dariNya......dan jika hubungan kita kepada pencipta kita tidak dijaga dengan baik...bagaimana kita dapat memperolehi hubungan yang baik sesama manusia Rul....'

aku hanya mampu tertunduk...tasik di depan mataku aku perhatikan...indah ciptaanMu...betapa selama ini aku merasa kosong sebenarnya adala disebabkan kerana lalai padaMu....ampunkan aku Ya Rabbi....akan ku teruskan perjalanan ku mencari NurMu...kepada seseorang....terima kasih atas nasihatmu...sahabat sejati adalah sahabat yang berani menegur rakannya....teruskanlah menegur sahabatmu ini...aku sentiasa mengharapkan sokongan darimu....nasihatmu akan kutitipkan dalam sanubariku...

salam ingatan dariku...

insan kerdil..

Ahad, September 06, 2009

ape yang ade pada eyone khaer

drama kesukaan anda?
nur kasih...mmh...isteri abang ade abang..
filem kegemaran anda?
disturbia...siap suke background song dia.. cos i got high..
minyak wangi yang digunakan sekarang?
titanium dan dashing....
minyak rambut yang digunakan sekarang?
sassy gervase hair gel...bau fruity....hehe
ubat gigi yang digunakan sekarang?
darlie....sedap....haha
hadiah hari jadi impian anda?
handphone...hehe
siapa wanita idaman anda?
wanita macam watak nur aminah...
siapa diri anda pada mata kaca anda?
seseorang yang serba kekurangan..
tempat yang membawa 1001 kenangan kepada anda?
aspura SRI SEREMBAN...
apakah status terbaru anda?
tengah nak tackle seseorang...
kali terakhir anda bercouple?
2 tahun yang lepas....
apakah tabiat buruk anda?
suke bertangguh kerja..
ruang yang paling anda suka?
bilik tidur...banyak bende beharge ade dalam tu...
perkara paling bodoh pernah anda lakukan?
putuskan hubungan dengan si dia...
apakah yang anda ingin lakukan selepas habis belajar nanti?
dapatkan pekerjaan yang setara dengan degree, carik pengalaman, dan ingin berbakti kepada orang kampung dengan memberi tuisyen percuma kepada anak2 kampung, InsyaAllah..
adakah anda anti kepada kucing?
tidak, malah amat suke kucing..hehe..meow meow..
perkara yang akan membuatkan anda sedih?
apabila aku kecewakan orang2 yang tersayang...
bilakah waktu sesuai bagi anda berumahtangga?
28-30 tahun....
berapakah anak yang anda impikan?
seberapa banyak yang boleh...
tempat yang paling anda impikan untuk dilawati?
tanah suci...
apakah pendapat anda mengenai kemelut politik di negara kita?
memeningkan...
perkara yang akan anda lakukan selepas sembahyang raya?
ziarah kubur ayah..semestinya...
apakah pendapat anda mengenai nasyid di Malaysia?
makin berkembang, tapik aku still meminati nasyid yang dinyanyikan oleh rabbani...
apakah panggilan bagi diri anda dalam keluarga?
eyon dan adik...
harta paling berharga yang anda miliki?
islam, kasih sayang keluarga dan sokongan rakan-rakan...
benda yang selalu ada di dalam poket seluar anda?
dompet, kunci dan handphone..
apa yang akan anda lakukan bila anda kecewa?
kuar gi jejalan dan shopping..jangan tanye kenapa...
apakah perkara yang akan anda lakukan sebelum tidur?
kalau dalam bilik tu aku sorang..aku suke nyanyi.hehe...kalau ramai...toksah la..nanti kene baling ngan bantal lak..memekak je..haha
perkara yang pernah membuat anda keliru?
antara UUM dan UTHM..akhirnya tolak UUM disebabkan seseorang....
makanan yang paling mengiurkan anda?
daging salai masak lemak cili api....kosukaan den ni...
apa yang anda ingin orang tahu pasal anda?
aku hanya harapkan agar korang sume terima aku dengan seadanya...tapik aku ni jenis kurang bercakap bila mula2 berkenalan..tapik kalau dah lame....akula yang banyak cakap...
perkara yang paling membuatkan anda terharu?
pengorbanan dan ketabahan ayah dan mak...










Selasa, Jun 09, 2009

nengok wayang

pada 4 jun lepas..aku diajak oleh teman teman rumah sewaku di slim river dulu untuk pegi nengok wayang.....cerita jangan tengok belakang congkak..hahaha...so petang tu begegasla aku ke alamanda tok membeli tiket...sesampai je dah beratur panjang seantero manusia,,,ish,,ish,,,...wayang nye pasal takpela...lepas batur 20 minit akhirnya dapat gak aku beli tiket walaupun seat dia tak berapa nak best..huhu...nak wat camno..huhu.....pas beli tiket aku gi medan selera RASA tok beli yong tau foo wat mak....mahal tol walaupun aku raser bender tu bebiaser jer...aku ambik lima ketul lebih kurang..dibalunnya oleh cashier yang cun tu rm7.00...adeii memang cepat kayala tokei awek ni..hahahaha.....kendian aku tak tau nak gi mane dah,,sesorang je kat alamanda...raser lapar so begegas la aku ke Mcd..huhu..aper lagi hidangan fav aku kat situ kalau bukat bigmac....yummy...bungkus 1 set makan kat umah....kira2 duit tinggal sikit...aduish...baru ingat nak jimat..hahaha...

kol 7.45 aku gi umah maklang, ambik aboy...aku ajak dia wat teman..hahaha..dapat lesen bawak kereta mak...hahaha...bukan senang ni...kahkah....beborak jap ngan kaklong ngan kaklang....dah kol 8.02....lewat ni bebudak dah tunggu kot........

kol 8.12...sampai dah kat alamanda...parking lak full...last2 dapat tempat tak leh blah...parking jelah...kena lak jalan jauh sikit.....inat kan aku lewat..rupanya diorang yang lewat..takpe yang penting bukan aku yang lewat..gi jejalan ja ngan aboy.....

8.30.....diorang still tak mai lagi..aku gi beli popcorn ngan aboy....8.45 baru diorang sampai...suke tol aku....dah lama tak jumper member bebaik aku ni...lebih2 lagi skang diorang dah keje kat ptrajaya ni...so lagi dekatla ngan aku....hahahahaha...aku suke bro......

dah aku nak sambung nengok citer korea ni...but aku nakkasik tau memang best nengok citer jangan pandang belakang congkak....kelakar...so walaupun macam mana pon gaya kita..huhu...supportla our local industry...walaupun aku suke nengok citer korea tapik aku still suka dan support our local industry..hahahaha..kla..wa cau dulu...assalamualaikum....

Selasa, Mei 26, 2009

JURUTERA…PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Meminati profesion ini
Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
Mempunyai kemahiran komputer
<>
Tekun dan bekerja keras
Mempunyai keinginan untuk berjaya
Seorang yang dinamik
Dapat bekerja secara berkumpulan
Syarat menceburi bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysiasebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.
Tempat melanjutkan pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis(UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM).
UTM, UiTM, UMP, UniMAP, UteM,UTHM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.
Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Rabu, Mei 06, 2009

SELAMAT HARI IBU 2009


SELAMAT HARI IBU BUAT MAK TERSAYANG
selamat hari ibu mak..huhu..
bagi orang setiap hari adalah hari ibu....
maklah ibu dan maklah pengganti ayah lepas ayah pergi...

jasa, pengorbanan, kasih sayang dan segala2 yang mak berikan hanya Allah yang mampu membalasnya...

terima kasih kerana sentiasa bersama dengan anakmu ini dikala susah senang....

mak lah sumber ilham orang...

lov u mak so much....

AKU NAK NANGIS....

titas oh titas....
mengapa begini jadinya....
sedih tol.....
tapik takper.....
mungkin ada hikmahnya...
takpa khaer...
teruskan fokus pada last paper-fluid...huhu...
cakutnyer.....

Selasa, Mei 05, 2009

cuti menjelang tiba

hahahahaha...
akhirnya cuti akan menjelang tiba .....dua bulan tu...
bermula dari 9 mei 2009 sampai awal bulan julai ni...
banyak agenda aku.......
pertama Program 90' 2009....
kedua Perkahwinan adek di Pahang...
ketiga percutian di Terengganu.....
keempat Perkahwinan adek di Selangor lak....
kelima kembali kepada tugas lama di rumah...hahahahha
maka aku akan membzkan diri aku cuti ni ngan
bender yang lebih berfaedah....
cuti yang amat panjang..huhu...


bilik yang aku rindu2 kan....

Isnin, Mei 04, 2009

konvo dan diriku

KONVO OH KONVO


28 april 2009(9.00am)-masih berhempas pulas di UTHM


pada tanggal 28 april 2009....
esok salah satu daripada haripaling bersejarah dan bermakna dalam hidupku...
setelah berhempas pulas selama 3 tahun...
akhirnya ia membuahkan hasil....
tanpa dorongan dan semangat daripada insan insan tersayang yang senantiasa berada di sisi ini...
tidak mungkin aku akan dapat menggenggam diploma ku ini....
setinggi ucapan syukur padaMu ILLAHI..kerna telah mengurniakan aku insan insan yang amat mengambil berat akan diriku ini...
kau berkatilah mereka semua AMIN...


28 april 2009(6.01pm)-berjalan dalam kepenatan menunggu bas ke bus stand batu pahat

tanggal 28 april 2009 - petang....
aduis memang tak leh belah paper material tadi....
silap aku gak mungkin telampau ambik ringan ngan paper ni...
dan mungkin excited sangat ngan konvo ni...
nak wat camner first konvo aku huhu.....
penat dan letih ngan badan yang lesu aku meneruskan perjalanan ke bus stand batu pahat...
raser jauh lak..(memang jauh pon)...
naseb baik bas johor motore sampai dulu..huhu...cepat sikit perjalanan aku


29 april 2009(4.00am)-bersiap ker PSAS

tanggal 29 april 2009-pagi
penat dan tak cukup tido...
huhu...sampai umah malam tadi kol 12am..k la tu...lepas kemas arang terus ngadap laptop ni...
sajer jer tak bukak tak leh..cam gian lak..kahkah..
ni kat atas tu aku ngah posing depan cemin kat dalam bilik...
raser semacam jer pasal aku tak datang raptai..so
tak dapat imagine suasana kat saner tu....
bergerak ngan my beloved person..yan dan mak


29 april 2009(8.45am)-bergambar ngan member aku merangkap jiran aku di UTHM, Hanna..huhu

29 april 2009-pagi
hahahahaha...akhirnya konvo gak aku...
best sebab dapat bawak mak gi konvo aku...
impian aku mase dapat masuk PSAS dulu dah tercapai ...
walaupun tanpa ayah..aku pasti ayah pon mesti gembira ngan anak dier ni..
Al fatihah wat ayah....

29 april 2009-petang
betolak balik ke UTHM...
selamat tinggal PSAS...
selamat tinggal pensyarah2 semua...
halalkan ilmu yang telah dicurahkan.....