Selasa, Mei 26, 2009

JURUTERA…PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.
Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Meminati profesion ini
Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
Mempunyai kemahiran komputer
<>
Tekun dan bekerja keras
Mempunyai keinginan untuk berjaya
Seorang yang dinamik
Dapat bekerja secara berkumpulan
Syarat menceburi bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysiasebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.
Tempat melanjutkan pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis(UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM).
UTM, UiTM, UMP, UniMAP, UteM,UTHM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.
Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Rabu, Mei 06, 2009

SELAMAT HARI IBU 2009


SELAMAT HARI IBU BUAT MAK TERSAYANG
selamat hari ibu mak..huhu..
bagi orang setiap hari adalah hari ibu....
maklah ibu dan maklah pengganti ayah lepas ayah pergi...

jasa, pengorbanan, kasih sayang dan segala2 yang mak berikan hanya Allah yang mampu membalasnya...

terima kasih kerana sentiasa bersama dengan anakmu ini dikala susah senang....

mak lah sumber ilham orang...

lov u mak so much....

AKU NAK NANGIS....

titas oh titas....
mengapa begini jadinya....
sedih tol.....
tapik takper.....
mungkin ada hikmahnya...
takpa khaer...
teruskan fokus pada last paper-fluid...huhu...
cakutnyer.....

Selasa, Mei 05, 2009

cuti menjelang tiba

hahahahaha...
akhirnya cuti akan menjelang tiba .....dua bulan tu...
bermula dari 9 mei 2009 sampai awal bulan julai ni...
banyak agenda aku.......
pertama Program 90' 2009....
kedua Perkahwinan adek di Pahang...
ketiga percutian di Terengganu.....
keempat Perkahwinan adek di Selangor lak....
kelima kembali kepada tugas lama di rumah...hahahahha
maka aku akan membzkan diri aku cuti ni ngan
bender yang lebih berfaedah....
cuti yang amat panjang..huhu...


bilik yang aku rindu2 kan....

Isnin, Mei 04, 2009

konvo dan diriku

KONVO OH KONVO


28 april 2009(9.00am)-masih berhempas pulas di UTHM


pada tanggal 28 april 2009....
esok salah satu daripada haripaling bersejarah dan bermakna dalam hidupku...
setelah berhempas pulas selama 3 tahun...
akhirnya ia membuahkan hasil....
tanpa dorongan dan semangat daripada insan insan tersayang yang senantiasa berada di sisi ini...
tidak mungkin aku akan dapat menggenggam diploma ku ini....
setinggi ucapan syukur padaMu ILLAHI..kerna telah mengurniakan aku insan insan yang amat mengambil berat akan diriku ini...
kau berkatilah mereka semua AMIN...


28 april 2009(6.01pm)-berjalan dalam kepenatan menunggu bas ke bus stand batu pahat

tanggal 28 april 2009 - petang....
aduis memang tak leh belah paper material tadi....
silap aku gak mungkin telampau ambik ringan ngan paper ni...
dan mungkin excited sangat ngan konvo ni...
nak wat camner first konvo aku huhu.....
penat dan letih ngan badan yang lesu aku meneruskan perjalanan ke bus stand batu pahat...
raser jauh lak..(memang jauh pon)...
naseb baik bas johor motore sampai dulu..huhu...cepat sikit perjalanan aku


29 april 2009(4.00am)-bersiap ker PSAS

tanggal 29 april 2009-pagi
penat dan tak cukup tido...
huhu...sampai umah malam tadi kol 12am..k la tu...lepas kemas arang terus ngadap laptop ni...
sajer jer tak bukak tak leh..cam gian lak..kahkah..
ni kat atas tu aku ngah posing depan cemin kat dalam bilik...
raser semacam jer pasal aku tak datang raptai..so
tak dapat imagine suasana kat saner tu....
bergerak ngan my beloved person..yan dan mak


29 april 2009(8.45am)-bergambar ngan member aku merangkap jiran aku di UTHM, Hanna..huhu

29 april 2009-pagi
hahahahaha...akhirnya konvo gak aku...
best sebab dapat bawak mak gi konvo aku...
impian aku mase dapat masuk PSAS dulu dah tercapai ...
walaupun tanpa ayah..aku pasti ayah pon mesti gembira ngan anak dier ni..
Al fatihah wat ayah....

29 april 2009-petang
betolak balik ke UTHM...
selamat tinggal PSAS...
selamat tinggal pensyarah2 semua...
halalkan ilmu yang telah dicurahkan.....