Khamis, Ogos 11, 2011

Selawat dan Salam Ke Atas Rasulullah



Assalammualaikum buat rakan2..

Selawat dan Salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW diatas pengorbanan dan perjuangan baginda dan para sahabat serta pejuang islam maka dapat lagi kita berada di dalam keadaan islam. Syukur kepada hadratMu Illahi diatas nikmat islam yang kau berikan kepada hambaMu ini.

Disini Erul lampirkan keratan bait-bait sajak nan indah bertajuk Rindu Kepadamu hasil nurkilan Norudin Draman...mari kita hayati bersama2...

Wahai Nabi Muhammad Rasulullah,
jika kami salah, ampunkan kami,


kami umatmu yang lemah,
melalui hari-hari penuh payah,
kami umatmu yang berpecah,
dalam iman dan amal yang goyah,
sungguh ini meletakkan kami dalam gundah,


kami umatmu sedang berpecah,
kami umatmu sedang goyah,
dalam iman dan akhlaq yang parah,
Ya Rasulullah.


kucuba sedaya ku yang kumampu,
menukilkan sesuatu,
tanda cinta dan rindu,
harum rindu kepadamu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan