Sabtu, Ogos 06, 2011

KetahuiLah...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Cuti 4 bulan dah nak menyusul ke hujungnya....awal bulan depan akan pulang ke pangkuan varsiti tercinta, buku2 tebal yang perlu dikaji, library yang serba indah nan dingin, rumah sewa nan serba kedesaan serta tidak sabar menemui rakan-rakan seperjuangan...

Dan pulangnya Erul ke varsiti September ini adalah untuk menghabiskan baki pengajian sebelum melangkah ke alam praktikal dan ke alam pekerjaan seterusnya...sepanjang 2 tahun dan 6 bulan di UTHM, banyak yang telah dipelajari, betapa mencabarnya kehidupan sebagai student engineering ni...kerjanya menimbun, projeknya ada sahaja, namun alhamdulillah dengan kerjasama semua dan dorongan para pensyarah kita dapat melaluinya dengan senyuman..huhu...dan gaduh2 kecik kerana percanggahan idea itu adat loo....

Kelmarin, semasa Erul tido ade termimpi pasal seorang rakan ini...mungkin kerana sudah lama tak bertemu, dan mungkin kerana kami dah tak macam dulu.....sooo..terus terjaga dan ambil keputusan untuk terus berjaga sampai sahur...tetibe terasa nak karang sajak...huhu..bile bab2 ni teringat kat cikgu rohani dan cikgu rashidah kat SMI seremban dulu...dorangla yang mengajar Erul tentang puisi,gurindam,syair pantun seloka dan penulisan cerpen..huhu..sehingga menang pertandingan cerpen Hari Guru 2001 ke 2002 rasenye...dapat hadiah novel DIARI SEORANG GURU dan sedikit wang rasenye..huhu..so jom kita bace sajak tak seberapa darik Erul k...

aku ingin kau ketahui,
tiada apa yang meriangkan hati ini,
selain melihat kau girang berlari,
senyum tertawa nan manis sekali.


aku ingin kau ketahui,
tiada apa yang meresahkan hati ini,
selain melihat kau muram sendiri,
sedih mengenang masalah sanubari.


aku ingin kau ketahui,
tiada apa yang menghampakan hati ini,
selain melihat kau menangis di sisi,
menagih jawapan yang tidak pasti.


aku ingin kau ketahui,
inilah lumrah kehidupan insani,
perlu saling melindungi dan menghormati,
demi menjaga hati yang disayangi.


aku ingin kau ketahui,
insan kadang sukar dimengerti,
perasaan dan hati berubah seringkali,
kerana kasihnya pada sang hati.


aku ingin kau ketahui,
walau hati ini ditusuk duri,
namun kasih tetap utuh bersemi,
kerana sahabat sejati kan tetap berbakti.


Ok tak sajak yang Erul karangkan ini..khas buat sahabat - sahabat di luar sana, semoga kita kan sentiasa menjaga ukhuwah persahabatan kita ini agar dapat utuh bertahan k...sayangi, fahami dan lindungi sahabat anda...


Sekian dahulu dari Erul kita jumpa lagi nanti k...


Salam Dari Erul.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan