Ahad, November 11, 2012

Bonda

Alhamdulillah....Syukur ke hadrat Illahi dapat lagi diberi kesempatan untuk menulis sesuatu entri pada malam ini...minggu lepas alhamdulillah berkesempatan menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen UTHM ke 12, giliran bagi kami graduan Mekanikal adalah pada 4 Nov. 2012...persiapan telah dibuat..agak memenatkan terutama saat pengambilan jubah...namun semuanya terubat bila dapt bertemu dengan para sahabat2 seperjuangan..menyaksikan senyum tawa mereka...alhamdulillah masing2 telah berjaya kini....

Namun, gelora sang anak mengenangkan sang ibu, aku masih bimbang akan keadaan ibuku...emak masih tidak berapa sihat...minggu saatku konvo adalah minggu untuk dia melakukan rawatannya di HKL...namun yang menyebakkan jiwa mudaku ini adalah bila ibuku tetap beria2 mahu menghadirkan diri ke Majlis ini...malah ibu tetap manggagahkan diri memasuki dewan konvo menyaksikan ku di pentas...terima kasih Allah...kau berikan kekuatan buat ibuku...terima kasih emak..PN. SITI ROHAYA..walau dikau berada dalam kesakitan..dikau masih mampu senyum di dewan konvo menyaksikan anakmu ini....

Ya Allah...aku serahkan padaMu..kau lindungilah ibuku dan arwah ayahku...kau berkatilah mereka...kau kasihanilah mereka...kau berikanlah kesejahteraan buat ibuku..kau ringankanlah kesakitan yang ditangguni ibu...

Buat Bonda ku..terima kasih...sejak ku lahir sehingga kini..kau masih utuh membimbing dan menyambut tangan anakmu ini...saat susah dan senang dikau sentiasa hadir disisi ku.. semoga emak akan cepat sembuh...


TAHNIAH BUAT RAKAN2 SEMUA...TERIMA KASIH SELURUH WARGA UTHM........


Salam Ikhlas...

Khaer Al Jamal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan